Tuesday, February 7, 2012

Sarung bantal beropol

Hari sabtu lepas kak chik mula jahit semula projek yang terbengkalai...jahit sarung bantal beropol. Kak chik beli 2 meter kain berbunga warna biru dan 2 meter kain berbunga warna pink. Kemudian kak chik padankan pula dengan ropol yang senada. Kak chik pernah jahit sarung bantal anak tapi masa tu guna tangan aje...siap sarung bantal peluk 2 biji, alas tilam dan sarung bantal kepala. Sampai nak dekat bersalin jugalah jahit sarung bantal baby ni, maklumlah jahit tangan, tapi tetap bersemangat nak jahit juga...bukan apa seronok tengok nanti baby pakai sarung bantal jahitan ibunya.

Ok kita sambung balik...2 meter kain biru tu dapatlah 4 biji bantal saiz kecil, dan 2 biji bantal saiz besar untuk warna pink. Terpusing-pusing jugaklah nak jahit ropol ni..maklumlah orang baru belajar. Pertama sekali camne nak jahit ropol ni...fikir punya fikir...pastu dah tau cara. Kedua pulak camne nak sambung kain yang belakang pulak...puaslah pusing kain tu...at last berjaya juga..jahitan yang kedua dah ok...laju je jahit. Macam ni lah rasa kemanisannya bila dah berjaya membuat apa yang kita rasa nak buat dan yakin akan berjaya...dengan semangat dan usaha...pasti boleh..kemudian leh upload gambar

No comments:

Post a Comment